Malaysia Map

BANGSA MALAYSIA PERLU 'MENERJAH DUNIA' BUAT MALAYSIA.

22 Mac 2012

Dari lebih 7 bilion manusia yang hidup di dunia ketika ini, kurang dari 11 juta adalah jutawan. Malah tidak sampai 1,300 individu yang mampu capai status billionaire. Orang Asia terkaya (Li Ka-shing) pula hanya mampu menduduki tempat kesembilan dalam carta 10 manusia terkaya dunia.

Dalam konteks tokoh korporat tempatan pula, orang Melayu terbilang Malaysia (Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary) cuma dikatogerikan dalam kelompok 350 individu paling kaya dunia.

Menurut senarai Manusia Paling Berkuasa Dunia pula, Forbes tidak langsung menamakan mana-mana tokoh Malaysia. Sebaliknya usahawan muda teknologi Barat seperti Mark Zuckerberg (Pengasas FaceBook), Sergey Brin (Google), Larry Page (Google) dan Jeff Bezos (pemilik Amazon) masing-masing dinobat dalam kedudukan kesembilan, ke-30 dan ke-40 Manusia Paling Berkuasa Dunia ketika ini.

Semua ini seakan menjadi satu igauan ngeri buat kita - orang Asia, rakyat Malaysia dan Melayu khasnya. Kebanyakan kita sering menganggap pentas dunia cuma mampu dikuasai oleh tokoh Barat. Mereka dilihat sebagai manusia terhebat dan hanya mereka sajalah yang layak untuk bercita-cita menjadi tokoh itu dan ini di peringkat dunia atau antarabangsa.

Sebaliknya kita akan lebih ditertawakan jika bercakap tentang visi dan misi untuk 'menerjah dunia'. Mengapakah kita perlu terlalu merendah diri (inferiority Complex). Masih takut untuk bercita-cita tinggi apatah lagi untuk melonjak idea dan sebarang usaha ketahap kelas dunia? Justeru, satu anjakan paradigma berani perlu dilakukan segera meliputi sistem pendidikan, daya fikiran dan kaedah menilai sesuatu usaha dan bakat. Sementara kita kagum pada begitu ramai individu tersohor Malaysia. Anak muda dan bangsa Malaysia perlu bangkit dan berani mencabar diri masing-masing untuk mencipta sejarah dunia buat Malaysia- membina sebuah syarikat se-gah Facebook, Google atau Amazon.

Asia bukan lagi untuk Asia. Sebaliknya Dunia adalah juga hak bersama Asia. Dengan kerjasama erat diantara pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan bakat usahawan tulen yang boleh dipupuk, kita yakin tokoh dari kalangan rakyat kita juga mampu 'menerjah dunia'



Read More...

Terminal Bersepadu Selatan

05 Januari 2011


Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) yang telah pun memulakan operasinya pada 1 Januari ini merupakan satu lagi lambang kemodenan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan kepada rakyat.

Pelbagai kemudahan moden melengkapi terminal pengangkutan bersepadu itu, yang dibina pada 2008 dengan kos RM570 juta bagi memberikan perkhidmatan yang lebih selesa kepada pengguna.

Terminal itu juga dihubungkan melalui Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Seremban di bahagian selatan serta Jalan Lingkaran Tengah II (MRR II) di bahagian timur. Tinjauan Bernama ke TBS-BTS mendapati ia dilengkapi kemudahan yang tidak terdapat di hentian lain seperti kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam dan kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online ‘e-ticketing’ melalui http://www.tbsbts.com.my/

Penjualan tiket menggunakan skrin disediakan di hadapan kaunter dan terdapat mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.

Selain 19 kaunter tiket yang disediakan, penumpang yang tidak mahu menunggu lama atau beratur panjang untuk membeli tiket, terdapat juga enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau “touch n go”.

Selain itu, sistem siaran informasi pengunjung (PIDS) seperti jadual pelepasan bas diletakkan di setiap tingkat manakala balai ketibaan dan pelepasan di tingkat bawah disediakan khusus untuk penumpang sahaja.

Beberapa restoran dan kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) juga disediakan selain bilik rehat VIP, surau, tandas, tempat menukar lampin bayi serta perkhidmatan WiFi.

Kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) turut disediakan seperti lantai penunjuk arah, kaunter perkhidmatan dan tiket yang direndahkan, tandas, lif, laluan jalan istimewa serta petak letak kereta khas untuk mereka.

Bangunan TBS-BTS, yang dibina di kawasan seluas 19.6 hektar, mengandungi enam tingkat termasuk 55 platform bas untuk 1,000 bas keluar dan masuk setiap hari, 150 perhentian teksi, 1,000 parkir kereta termasuk parkir khas untuk wanita.

Sebanyak 1,800 tempat duduk disediakan di aras tempat menunggu bersaiz 170,000 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 40,000 orang pada satu-satu masa.

Pembinaan terminal itu merupakan usaha kerajaan ke arah meningkatkan pengggunaan pengangkutan awam di Lembah Klang selaras dengan sasaran Kementerian Pengangkutan meningkatkannya daripada 16 peratus pada masa ini kepada 25 peratus pada 2012.



Read More...

Demam Bola Sepak Berakhir

12 Julai 2010

1. Pagi tadi merupakan detik kemuncak piala dunia apabila menyaksikan perlawanan akhir antara Belanda menentang Sepanyol pada jam 2.30 pg waktu Malaysia dan sememangnya ia adalah perlawanan yang memang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak di serata dunia.

2. Tidak dinafikan bahawa perlawanan yang berlangsung tersebut adalah perlawanan yang seimbang, sengit dan tidak sia-sia menontonnya walaupun terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi.

3. Seperti yang dijangka oleh ramai pihak dan keputusan perlawanan itu memihak kepada pasukan Sepanyol dengan kemenangan walaupun tipis hanya 1-0 tetapi ianya penuh bermakna oleh pasukan dan negara itu.

4.Demam bola sepak piala dunia 2010 telah pun berakhir namun terselit di minda saya bilakah pula deman pasukan kebangsaan negara kita akan pulih dan sekaligus mara ke perlawanan piala dunia.

5. Saya pasti dan yakin bahawa keinginan melihat pasukan Malaysia beraksi di piala dunia merupakan keinginan seluruh warganegara dan rakyat kita agar kita sebaris dengan jaguh dan pasukan ternama yang lain. 6. Namun malangnya orang kita cuma 'angan-angan tahi ayam' hanya berkobar masa piala dunia saja dan lepas itu terus senyap. Semoga kita dapat belajar dari kesilapan yang telah banyak kita lakukan demi masa akan datang.

Read More...

Bila Tiada Baru Menyesal

07 Julai 2010

1. Sudah menjadi lumrah manusia yang selalu lupa dan alpa pada diri sendiri inikan pula untuk mengingati kebaikan orang lain jauh sekali untuk membalas kebaikan tersebut walaupun dengan ucapan terima kasih.

2. kita seringkali di ingatkan agar sentiasa muhasabah diri kerana dengan cara itu kita akan terfikir dan berpeluang membaiki kesilapan yang mungkin tak pernah pun terlintas di benak fikiran.

3. Hubungan sesama munusia adalah sesuatu benda yang tidak akan terlepas daripada sesiapa pun kerana semua antara kita pasti melalui benda yang sama tidak kira pahit ataupun manis sesuatu hubungan tersebut.

4. Sebagai hamba allah yang selalu membuat kesilapan dan seringkali menyesal dengan perbuatan diri sendiri dilihat semua ini tiada kesudahan jika tidak ada usaha untuk memperbaiki kesalahan dan terus menerus dengan kelakuan sedemikian.

5. Kita sering terbayang dengan perasaan serba salah, kecewa dan sedih apabila ibubapa yang suatu ketika dahulunya banyak menasihati dan menyayangi diri kita tetapi kita balas dengan sesuatu yang mengecewakan mereka.

6. Kita sia-siakan kasih sayang kekasih yang sebelum ini banyak mengambil berat dan banyak memberi nasihat tetapi kerana ikutkan ego diri dan keras kepala kita relakan dia terluka. 7. Begitu juga dikalangan rakan-rakan, kita berkelahi dan cuba menegakkan pandangan kita sedaya mungkin dan akhirnya menjadi musuh yang tanpa diduga.

8. Tetapi bila tiada semua itu, baru terasa indahnya nasihat ibubapa, pentingnya hargai kekasih dan mulianya hati seorang teman. Benarlah kata orang tua-tua, bila sudah tiada menyesal pun tak berguna.

Read More...

Bila Hati Kau Kotori

29 Jun 2010

1. Dari segi penglihatan mata kasar hati hanyalah sesuatu organ dalam badan akan tetapi sebenarnya hati itu terlalu subjektif untuk diperincikan ini kerana walaupun tubuh badan kita yang menggerakkan sesuatu akan tetapi pemerintah sebenarnya dalam diri kita ialah hati.

2. Seringkali kita terlepas pandang akan pentingnya hati yang suci apatah lagi mencari penawar untuk mensucikan hati dan menjaganya agar tidak dicemari.Pesanan Baginda Rasulullah SAW kepada kita yang bermaksud :

"Ketahuilah dalam setiap tubuh (jasad) terdapat seketul daging , jika elok daging itu maka eloklah keseluruhan tubuh badan dan jika rosak daging itu maka rosaklah juga seluruh tubuh badan , maka ketahuilah bahawa itu adalah hati."

3. Tidak ada diantara kita yang dikurniakan hatinya kotor secara semulajadi sedangkan hati yang pada asalnya suci dan bersih itu dikotori terus menerus walaupun secara sedar mahupun tidak.

4. Sebenarnya segala persoalan jenayah yang berlaku pada hari ini juga didorong oleh rasa hati yang dibantu oleh kekangan nafsu . Oleh yang demikian ,terjadilah aneka bentuk jenayah seperti penipuan , pembunuhan , rompakan , pencabulan dan sebagainya. Itu adalah satu isyarat jelas yang menterjemahkan hati itu dalam lingkungan kotor yang membawa bahaya dan berisiko jika tidak di rawat dan dicantas segera.

5. Memiliki hati yang tenang sebenarnya transformasi kepada kecerahan wajah yang dibaluti Nuur Iman (cahaya iman) pada setiap wajah setiap umat Islam. Ini jelas terbukti sekiranya seseorang itu menghadapi masalah , sudah pasti wajahnya juga secara fizikal akan turut terkesan seperti kemurungan dan dahi berkerutan. Akan tetapi sebaliknya jika seseorang itu , memiliki hati yang tenang , pasti akan mudah dan murah untuk berkongsi senyuman dengan orang lain-lain. Persoalan ketenangan hati bukan suatu barangan yang boleh dijual beli.

6. Sindrom penyakit hati ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada setiap individu dan masyarakat sekiranya , usaha-usaha awal tidak dibendung. Sebagai contoh yang paling mudah dalam masyarakat sekliling kita terutamanya masyarakat kita sendiri – biasanya apabila seseorang itu lebih maju , lebih mashur daripada orang lain dalam sesuatu usaha yang dijalankannya seperti perniagaan , pelajaran dan lain-lain – ini akan mengundang keresahan dan kebengkakan hati rakan-rakan yang lain. Maka timbullah elemen-elemen yang mendorong kepada keretakan persahabatan dan melorongkan bibit-bibit permusuhan. 7. Memang umum kita ketahui, sifat hati sentiasa berubah , maka tidak hairanlah sebagai contohnya jika seseorang itu berjanji setia untuk mendirikan mahligai bahagia dengan pasangan pilihan hatinya tetapi akhirnya berkesudahan menukar fikiran akibat dorongan hati dan nafsu kepada orang lain. Dengan membulatkan kedalam fikiran dan yakin sebenar-benarnya kekuasaan allah dan tabah segala ujiannya malah mengerjakan solat 5 waktu sehari disamping Membaca Al-Quran Sambil Bertafakkur dilihat langkah yang mampu merawat hati yang dikotori dan mampu menjaga hati kita untuk selama-lamanya.

Read More...

Related Posts with Thumbnails