23 Februari 2010

Bertuah Tetapi Malang


1. Akhbar Sinar Harian atau lebih dikenali sebagai Akhbar kampung dilihat sebagai satu Akhbar tempatan yang kurang daya tarikan dan tidak berkualiti untuk dibaca. Maka tidak hairanlah jika ramai yang memilih untuk membaca Harian metro/Berita harian mahupun Utusan bagi mengikuti perkembangan semasa.

2. Saya tidak bergitu berminat untuk mengulas tentang Akhbar Sinar Harian tetapi bila timbul satu kes ini, ia menarik perhatian saya untuk memaparkan dan berkongsi pandangan bersama semua.

3. Memang tidak dinafikan bahawa isu ini tidaklah sebesar mana tetapi ia mampu mengundang rasa tidak puas hati kepada pembaca yang terkena. hahaha

4. Lihat sahaja gambar di atas, jelas menunjukkan gambar wajah orang yang dibulatkan itu adalah orang yang bertuah dan akan diberikan cenderamata dari Sinar Harian sebaik sahaja menghubungi Skuad Cakna Daerah.

5. Tetapi lain pula yang terjadi kerana orang yang beranggapan dirinya bertuah tadi rupa-rupanya malang kerana jangan kata menerima hadiah malah sehingga kini pun masih tidak menerima sebarang maklumbalas dari Akhbar terbabit.




6. Jadi saya ada 2 nasihat kepada Akhbar Sinar Harian yang mungkin boleh diguna pakai dalam menambahbaikan mutu perkhidmatannya. Pertama, Jangan terlalu ghairah mencari silap orang sehingga silap sendiri terlepas pandang.

7. Dan kedua, Jangan menipu rakyat/masyarakat dengan agenda murahan seperti gambar diatas. Jadi kepada rakan-rakan yang mungkin juga tidak mahu ketinggalan dalam memberi buah fikiran, anda dialu-alukan memberi komen..

Read More

19 Februari 2010

Bercinta Walau Dah Bersuami


1. Dengan membaca tajuknya saja kita boleh agak dan dapat rasa bahawa berlaku kecurangan si isteri pada suaminya. Pada masa kini ianya bukan sesuatu cerita baru apatah lagi isu si suami yang curang mungkin dah basi bila mendengarnya.

2. Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa pasangan yang mabuk asmara ini sudah bersuami dan mungkin telahpun mempunyai anak tetapi terlalu mengikut kehendak hati mereka terjerumus kearah kecurangan yang menjijikan.

3. Ada juga yang menghiasi di dada akbar tempatan kes bunuh kerana si suami dapat tangkap isterinya melakukan perbuatan zina dengan orang lain. Bagaimanakah rasa si suami pastinya kemarahan diluar kawalan.

4. Bila kita renung-renung kembali dimanakah silap agaknya? Ada juga yang mengatakan bahawa si isteri tidak lagi merasakan kasih sayang dan rasa cinta dari suaminya. Ada juga yang beranggapan bahawa suaminya pernah menuduh yang dia curang maka dia pun berasa marah dan melakukannya demi menuntut kata hati yang disakiti.

5. Macam-macam sebab yang diperolehi termasuk ada yang melahirkan rasa kecewa kerana masalah batin suaminya. Mungkin juga kita tidak menduga akan ujian yang mendatang kerana banyak kes yang berlaku curang adalah 70% diluar jangkaan masing-masing.

6. Ada faktanya kerana dalam dunia mengejar teknologi canggih, internet digunakan untuk berhubung tetapi disalahgunakan walaupun pada mulanya diterjemahkan untuk mencari kawan tetapi kini sebilangannya menjadi lawan. 7. Banyak juga skandal yang terjadi di tempat kerja malah lebih memalukan ada yang tanpa rasa segan silu singgah di Hotel masa rehat semasa waktu kerja. Harga diri bukan lagi menjadi keutamaan bagi mereka dan ingatlah jangan sesekali mengkianati kepercayaan yang diberi dari pasangan.

8. Apa yang terjadipun terserah kepada diri masing-masing, Pilihlah dunia mahupun akhirat. Pucuk pangkal adalah hati kita dan akhir kata dari saya paparan ini tidak mengambarkan mana-mana pihak kerana ini cuma sekadar untuk renungan semua.

Read More

17 Februari 2010

Pembuangan bayi

1. ISU pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh dianggap sebagai wabak atau bencana.

2. Pembuangan bayi yang semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada akhbar dan paling menyayat hati terdapat bayi yang tidak berdosa bukan saja dibuang, malah dibakar.

3. Pada 14 Feb. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengarahkan semua pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia 24 jam untuk memberikan bantuan dalam usaha menangani kes pembuangan bayi yang berleluasa akhir-akhir ini dilihat bukan sesuatu langkah yang bijak kerana pegawai tersebut juga rakyat biasa yang mungkin juga mempunyai bayi dan keluarga.

4. Isu ini juga menyedihkan dan tidak kurang melahirkan rasa marah apabila mengetahui ianya terjadi.

5. Perbuatan yang zalim ini pastinya dari meraka yang digelar remaja yang terlanjur dan berfikiran sempit.

6. Saya bimbang hal ini akan bertambah rumit bilamana banyak pihak yang beranggapan perlu memberi perlindungan kepada si ibu yang mengandung anak luar nikah tanpa memikirkan kesan buruknya.




7. Tidak salah melindung tetapi perlu juga membendung gejala ini agar ia tidak berulang.

8. Semua pihak perlu memikul dan mengalas tanggungjawab yang sama kerana isu ini tidak dapat diselesaikan jika kita tidak bersatu hati untuk benar-benar menghapuskannya.

Read More

05 Februari 2010

Portal Iklan Percuma


1. Pada masa kini terdapat pelbagai teknik dan kemudahan untuk mempromosikan produk anda terutamanya iklan dalam talian.

2. Iklan dalam talian juga mampu menarik perhatian pengguna malah sekali gus memberi keuntungan kepada pihak pengusaha dan penjual.

3. Portal iklan percuma mungkin kini sudah banyak terhidang namaun di Tayang Iklanmu yang menjanjikan iklan tanpa bayaran juga menjamin bagi setiap pengiklanannya pasti akan mendapat sambutan.





4. Tidak rugi jika anda mencuba paparkan produk anda di laman Tayang iklanmu ianya pasti memberi kesan positif kepada perniagaan anda..

Read More