31 Mei 2010

Tidur Dengan Lebih 20 Wanita

1. Dunia sekarang adalah lebih terbuka tanpa membatasi sesuatu hubungan yang jauh lebih berbeza dengan zaman dahulu untuk membuat sesuatu apalagi untuk menjalin hubungan cinta antara 2 insan.

2. Zaman kini pelbagai teknologi tersedia tetapi disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu sehingga dengan rasa bangga ada yang menyatakan bahawa dia telah tidur dengan lebih dari 20 teman wanitanya pada usia yang sanggat muda iaitu 20'an.

3. Dari wanita yang bergelar anak dara, wanita janda sehingga ada juga isteri orang yang pernah dijalinkan hubungan kekasih dengannya tanpa rasa segan silu mengaku pernah terlanjur dengan semua pasangan tersebut.

4. Ini semua dari kesempatan dan salahguna dunia IT yang menjerumus dirinya ke kancah maksiat tanpa memikir kesan buruk sama ada dari segi dosa dan kesihatan dirinya.




5. Awas kepada mereka yang gemar berchatting YM ataupun mereka yang gila FB kerana itu adalah punca dan berisiko tinggi untuk dijadikan mangsa dari mereka yang gersang dan ketandusan kasih sayang kononnya.

Read More

26 Mei 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin manisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih

Chorus
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Ulang Chorus




Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan dalam perpisahan



Read More

24 Mei 2010

Perempuan Degil Punca kena Pukul

1. Banyak yang berlaku hari ini yang dapat kita lihat dan baca di dada akhbar rata-rata wanita atau isteri dipukul, dibelasah sehingga lebam dan teruk oleh suami walaupun dalam keadaan lepas pantang.

2. Apabila masalah ini berlaku pastinya si lelaki ataupun suami dipersalahkan secara melulu sehingga dianggap tidak bertanggungjawab dan zalim kerana perbuatanya itu.

3. Keganasan rumah tangga yang berlaku hari ini boleh dikatakan hampir 70% masalah itu berlaku malah ada yang lebih teruk sehingga membawa kepada perceraian yang mana anak-anak adalah mangsanya.

4. Jika dikaji semula semua yang berlaku itu sebenarnya berpunca daripada kaum hawa sendiri iaitu si isteri yang terlampu banyak mencabar suaminya sehingga membawa tekanan yang cukup dasyat dan bakal mengundang tindakan luar kawal.

5. Masalah ini dikesan hasil dari beberapa punca yang telah dikenal pasti antaranya ialah kuat membebel, suka bertekak, cemburu buta dan yang paling ketara ialah bersifat degil yang terlampau sehingga membuat pasangan berasa bosan dan tercabar.

6. Apabila itu semua berlaku dan masih terjadi lagi walaupun telah berkali dibuat bincang bersama namun tiada perubahan yang dapat dicapai dan dirasakan lantas telah mewujudkan rasa dendam dan marah dikalangan suami yang telah banyak bersabar. 7. Tidak ada orang waras yang akan marah tanpa sebab apatah lagi untuk memukul sesuka hati. Dalam hal ini wanitalah sebenarnya punca yang membawa keretakan yang membawa jurang dan oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa wanita sekarang banyak yang bergelar ibu tunggal ataupun janda.

8. Kepada rakan-rakan yang lain, jadikan ini semua sebagai pendoman dan pengajaran untuk diri masing-masing kerana setiap kesabaran lelaki itu ada tahapnya. Jangan cubar mencabar jika kita sendiri tidak mampu bersabar.
Read More

17 Mei 2010

Cara Buat Komen Facebook Di Blog



1. Tiada yang lebih bermakna selain memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk diri sendiri mahupun orang lain asalkan ianya membawa kebaikan bersama. Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah cara buat komen facebook di blogspot agar blog anda lebih mesra rakan-rakan dari facebook yang pada masa kini kian popular di kalangan pengguna.

2. Antara kebaikan sistem ini ialah blog anda akan mendapat perhatian yang lebih dari rakan-rakan facebook yang sememangnya gemar dalam memberi komen dan pandangan manakala keburukannya ialah anda terpaksa mengkorbankan komen-komen yang lama di blog anda ataupun biarkan saja blog anda terdapat terdapat dua ruangan komen seperti blog ini.

3. Sebelum saya menerangkan langkah demi langkah untuk membuatnya, pastikan anda telah berdaftar dan telahpun mempunyai akaun di facebook bagi memastikan proses berjalan lancar dan sempurna.

4. Langkah pertama:

* Sila pergi terus ke laman http://www.facebook.com/developers/createapp.php
* Tulis nama blog anda
* Pilih setuju



5. Langkah ke-2

* Sila Copy API Key untuk kegunaan seterusnya



6. Langkah ke-3

* Klik sambung di bahagian kiri
* Isikan alamat blog anda di ruangan sambung URL seperti http://namabloganda.blogspot.com
* setelah selesai sila tekan simpan



7. Langkah ke-4

* Masuk ke akaun blog anda
* Pergi ke papan pemuka/dashboard > Layout > Edit HTML
* Anda dinasihatkan backup terlebih dahulu template anda sebelum memulakannya * cari kod di bawah ini yang terletak di permulaan kod HTML di blog anda

<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr' >

* Gantikan dengan kod ini

<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr' xmlns:fb='http://www.facebook.com/2008/fbml'>

* Carikan kod </head> dan letakan kod di bawah ini sebelumnya

<script src='http://static.ak.connect.facebook.com/js/api_lib/v0.4/FeatureLoader.js.php' type='text/javascript'/>

* Selepas itu, cari pula kod </body> dan letakan kod di bawah ini sebelumnya
* Sila gantikan API KEY yang diberikan tadi dan gantikan di YOUR_API_KEY_HERE
* Setelah selesai sila tekan simpan

<script type='text/javascript'>
FB.init(&quot;YOUR_API_KEY_HERE&quot;, &quot;&quot;);
</script>

8. Langkah terakhir

* Salin kod di bawah ini dan letakan di tempat yang anda ingini

<fb:comments width="350"></fb:comments>

9. Semoga anda berjaya dan segala pandangan mahupun aduan anda dialu-alukan di ruangan komen di bawah.

Read More

15 Mei 2010

Seksanya Ekzema

1. PENYAKIT kulit! Bunyinya tidak menakutkan tetapi tentu menggerunkan jika anda sendiri menghidapinya atau melihat orang menderita kerananya. Penyakit kulit menakutkan bukan kerana kesakitan yang dialami tetapi kerana ia menonjol secara luaran dan mencacatkan penampilan seseorang individu.

2. Kebanyakan penyakit kulit tidak berbahaya dan jarang sekali mengancam nyawa. Namun, kehadiran mana-mana penyakit kulit sekalipun pasti akan menggusarkan kehidupan seharian, bukan sahaja kerana ia menyebabkan ketidakselesaan tetapi turut membuatkan rasa rendah diri untuk bergaul dalam masyarakat.

3. Jika membincangkan masalah kulit, mungkin perkara pertama yang difikirkan adalah kecantikan bagi seorang wanita. Bagaimanapun, apa yang ingin dikemukakan kali ini adalah masalah kulit, khususnya ekzema atopik yang kini menyerang satu dari setiap lima kanak-kanak.

4. Jika anda merupakan ibu bapa atau saudara kepada pesakit ekzema, pasti memahami ia sesuatu yang amat sukar dihadapi. Sungguhpun tidak mengancam nyawa, pesakit yang hidup tidak selesa ‘dalam kulit sendiri’ sudah pasti sukar menjalani kualiti hidup yang baik seperti orang lain.

5. Pakar Runding Pediatrik dan Dermatologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Sabeera Begum Kader Ibrahim menjelaskan ekzema, yang juga dikenali sebagai dermatitis, berasal dari perkataan Grek yang bermaksud ‘panas meluap-luap’ yang menggambarkan rasa pada kulit ekzema.

6. Ekzema merangkumi sebilangan masalah kulit yang biasa ditemui, dari yang paling ringan sehingga yang paling teruk, dan dianggarkan 30 hingga 35 peratus pesakit yang dirujuk ke HKL menghidap ekzema.

7. Ekzema atopik pula merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit,” ujar beliau.

8. Menurut Dr. Sabeera, ekzema merupakan sejenis penyakit yang membebankan seperti diabetes kerana ianya kronik dan berlarutan untuk satu jangka masa yang panjang.Tambahnya, penyakit ini mungkin menyebabkan anak tidak dapat ke sekolah sehingga beberapa bulan akibat terdedah kepada cuaca panas, debu dan peluh sementara ibu bapa mungkin terpaksa mengambil cuti bagi menjaga anak yang mengalami ekzema teruk. 9. Bagaimanapun, situasi ini biasanya tidak berlanjutan seumur hidup. Dianggarkan dua pertiga pesakit ekzema akan semakin pulih apabila mereka meningkat dewasa, kebanyakannya sekitar umur 18 tahun.

10. Ekzema atopik juga dikaitkan dengan penyakit atopik lain seperti asma (lelah) dan allergik rhinitis. Ruam susu yang biasa dilihat pada bayi pula merupakan antara tanda awal masalah ekzema, terutamanya jika ibu bapa bayi menghidap penyakit atopik atau alahan lain.

11. Jadi kepada rakan-rakan yang mungkin senasib dengan topik yang dibincangkan ini, jangan risau-risau kerana ianya tidak akan berlanjutan dan yang penting jangan tension dan pastikan sentiasa mendapat rehatnya yang mencukupi.

Read More

12 Mei 2010

Cara Daftar Perniagaan Di SSM



1. Cara mendaftarkan perniagaan di Suruhanjaya Syarikat malaysia (SSM) melalui online bukan lagi menjadi rahsia kerana anda akan diberi penerangan yang jelas dan lengkap menerusi ebook "Cara Daftar Perniagaan SSM melalui online" yang dihasilkan sendiri oleh Team SSMdBLOG.

2. Ebook ini hanya dihadkan 100 orang yang bertuah sahaja untuk memilikinya pada harga RM 30 yang mana harga yang ditawarkan tersebut jauh lebih rendah dari kualiti dan tahap penggunaannya.

3. Ebook Cara Daftar Perniagaan SSM melalui online ini merupakan ebook yang julung-kalinya dihasilkan di Malaysia dalam memberi anda panduan dan tutorial daftar perniagaan SSM secara sendiri hanya melalui online pada masa yang cukup singkat.

4. Anda tentu sekali tidak akan menyesal dan pastinya berpuas hati setelah memiliki ebook ini kerana ia berupaya dan terjamin :

* Olahan ayat yang mudah di fahami
* Boleh buat duit hasil bimbingan dari buku ini
* Boleh daftar sendiri perniagaan anda tanpa perlu mengupah pihak ke-3




5. Ebook Cara Daftar Perniagaan SSM melalui online bukan sahaja membantu anda menguasai ilmu dan pengetahuan dalam bidang pendaftaran perniagaan malah membuka ruang kepada anda cara buat duit dengan mudah melalui online dan semua ini akan diterangkan oleh penulis tentang bagaimana beliau telah menghasilkan RM35000 hasil dari Pendaftaran Perniagaan di SSM.

6. Jika anda berminat untuk memilikinya mahupun mengetahui lebih lanjut sila layari SSMdBLOG segera sebelum anda menjadi orang yang ke-101.

Read More

11 Mei 2010

Maklumbalas Pemohon SPN SELANGOR

1. Pada tahun lalu permohonan bagi jawatan kosong di spn selangor berlaku diluar jangkaan sehingga mencecah jumlah beribu-ribu orang yang memohon walaupun jumlah kekosongan untuk sesuatu jawatan tertentu hanya terdapat kekosongan sekitar 5-6 kekosongan sahaja.

2. Sudah pasti saingan terlalu hebat dan ini menuntut pihak spn selangor bekerja keras dalam memilih mereka yang terbaik dari kalangan yang baik untuk dijadikan calon-calon berkenaan layak dan melepasi ke tahap temuduga dan seterusnya berjaya dalam keputusan temuduga terbabit.

3. Seperti di duga dan di jangkakan, tetap wujud suara-suara sumbang yang mempertikaikan ketulusan spn selangor dalam menjalankan tugasan mereka dan tidak kurang juga nada-nada gembira yang menyambut baik keputusan yang dibuat oleh spn selangor.

4. Tahniah dan syabas diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mengharungi liku-liku dan cabaran sepanjang sesi pemprosesan dari mula memohon jawatan ke tahap dipanggil temuduga sehingga berjaya dalam keputusan temuduga tersebut. Anda harus bekerja dengan lebih gigih dalam menterjemahkan tanda syukur kerana bukan semua orang yang bernasib baik seperti anda. Jadi, jangan sia-siakan peluang yang diberi.


5. Kepada rakan-rakan yang kecundang dan belum bernasib baik, anda harus ingat perjuangan tidak sepatutnya terhenti di sini dan anggaplah ianya sebagai salah satu permulaan untuk mencapai kejayaan anda. Mungkin ada lagi kekurangan yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan termasuk semasa sesi temuduga yang memerlukan persediaan rapi dan secukupnya.




6. Dengan ini, saya ingin mengajak kepada yang telah berjaya ataupun yang belum bernasib baik lagi untuk kita berkongsi pengalaman suka-duka yang mungkin boleh menjadi rujukan kepada rakan-rakan yang lain. Tulislah pandangan anda di dalam ruangan komen yang tersedia dibawah sebagai salah satu simbol suara hati anda.

Read More

09 Mei 2010

Baik Ada Makna

1. Individu yang berbuat baik kerana sesuatu perkara boleh dilabelkan sebagai hipokrit dan oleh sebab itu individu berkenaan sanggup menjelma dan mencorakan sesuatu yang boleh dikatakan lebih baik daripada biasa sehingga sanggup berbuat apa sahaja walaupun tanpa kerelaan hatinya.

2. Biasanya pengamal baik ada makna ini lebih bermotifkan kepentingan diri mereka sendiri bukan kerana semulajadi. Ramai di antara kita yang rata-ratanya menjadi mangsa kerana memandang kebaikannya lalu tak sedar akan sebaliknya yang berlaku.

3. Pernah ke anda merasa situasi begini? Atau pernahkah anda melakukan perangai ini? Sebenarnya individu yang bersikap demikian tidak dapat bertahan lama kerana orang akan dapat menilai dirinya dan menyamakan dirinya setaraf sampah yang memang tidak berguna. Mahukah anda jadi begitu?

4. Ramai yang telah putus hubungan persahabatan, putus percintaan dan putus persaudaraan kerana penyakit ini iaitu berbuat baik hanya ada sebab dan kalau tiada sebab mereka menganggap orang berkenaan tidak membawa apa-apa makna.

5. Saya sendiri mempunyai pengalaman sedemikian sehingga saya lebih berhati-hati sekarang memilih teman mahupun kawan, ialah siapa pula yang sanggup diperalatkan betul tak? 6. Kita tidak perlu membuat baik dengan orang lain atas tuntutan dan kepentingan sendiri. Percayalah, anda akan mendapat benda yang baik jika anda memberi yang baik tanpa sebarang agenda yang tersembunyi.

Read More