12 Julai 2010

Demam Bola Sepak Berakhir

1. Pagi tadi merupakan detik kemuncak piala dunia apabila menyaksikan perlawanan akhir antara Belanda menentang Sepanyol pada jam 2.30 pg waktu Malaysia dan sememangnya ia adalah perlawanan yang memang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak di serata dunia.

2. Tidak dinafikan bahawa perlawanan yang berlangsung tersebut adalah perlawanan yang seimbang, sengit dan tidak sia-sia menontonnya walaupun terpaksa bersengkang mata sehingga awal pagi.

3. Seperti yang dijangka oleh ramai pihak dan keputusan perlawanan itu memihak kepada pasukan Sepanyol dengan kemenangan walaupun tipis hanya 1-0 tetapi ianya penuh bermakna oleh pasukan dan negara itu.

4.Demam bola sepak piala dunia 2010 telah pun berakhir namun terselit di minda saya bilakah pula deman pasukan kebangsaan negara kita akan pulih dan sekaligus mara ke perlawanan piala dunia.

5. Saya pasti dan yakin bahawa keinginan melihat pasukan Malaysia beraksi di piala dunia merupakan keinginan seluruh warganegara dan rakyat kita agar kita sebaris dengan jaguh dan pasukan ternama yang lain. 6. Namun malangnya orang kita cuma 'angan-angan tahi ayam' hanya berkobar masa piala dunia saja dan lepas itu terus senyap. Semoga kita dapat belajar dari kesilapan yang telah banyak kita lakukan demi masa akan datang.
Read More

07 Julai 2010

Bila Tiada Baru Menyesal

1. Sudah menjadi lumrah manusia yang selalu lupa dan alpa pada diri sendiri inikan pula untuk mengingati kebaikan orang lain jauh sekali untuk membalas kebaikan tersebut walaupun dengan ucapan terima kasih.

2. kita seringkali di ingatkan agar sentiasa muhasabah diri kerana dengan cara itu kita akan terfikir dan berpeluang membaiki kesilapan yang mungkin tak pernah pun terlintas di benak fikiran.

3. Hubungan sesama munusia adalah sesuatu benda yang tidak akan terlepas daripada sesiapa pun kerana semua antara kita pasti melalui benda yang sama tidak kira pahit ataupun manis sesuatu hubungan tersebut.

4. Sebagai hamba allah yang selalu membuat kesilapan dan seringkali menyesal dengan perbuatan diri sendiri dilihat semua ini tiada kesudahan jika tidak ada usaha untuk memperbaiki kesalahan dan terus menerus dengan kelakuan sedemikian.

5. Kita sering terbayang dengan perasaan serba salah, kecewa dan sedih apabila ibubapa yang suatu ketika dahulunya banyak menasihati dan menyayangi diri kita tetapi kita balas dengan sesuatu yang mengecewakan mereka.

6. Kita sia-siakan kasih sayang kekasih yang sebelum ini banyak mengambil berat dan banyak memberi nasihat tetapi kerana ikutkan ego diri dan keras kepala kita relakan dia terluka. 7. Begitu juga dikalangan rakan-rakan, kita berkelahi dan cuba menegakkan pandangan kita sedaya mungkin dan akhirnya menjadi musuh yang tanpa diduga.

8. Tetapi bila tiada semua itu, baru terasa indahnya nasihat ibubapa, pentingnya hargai kekasih dan mulianya hati seorang teman. Benarlah kata orang tua-tua, bila sudah tiada menyesal pun tak berguna.

Read More