31 Disember 2008

Qassia Unlimited Backlink

Apakah fungsi backlink? Kita memerlukan backlink untuk meningkatkan pagerank kita dan memudahkan website atau blog kita tersenarai di dalam seacrh engine. Saya ingin berkongsi satu cara yang sedang hangat diperkatakan iaitu Qassia.

Setakat hari ini ia masih di dalam kategori percubaan atau beta. Saya berpendapat ia pasti akan menjadi lebih hangat setelah Qassia mencapai bilangan ahli yang dikehendaki. Untuk makluman anda, Qassia.com mempunyai pagerank 5 dan traffic yang tinggi.

Jadi, segeralah mendaftar dan dapatkan backlink dari website ini. Anda perlu mendaftar dengan menggunakan link referral dari seseorang. oleh itu, saya telah menyediakan link atau banner untuk anda mendaftar, klik banner kecil dibawa



Dapatkan lagi habuan lumayan yang turut disediakan untuk anda.. Semoga Berjaya
Read More

Lebuh Raya Rusia



Pengangkutan adalah salah satu benda yang penting di mana membolehkan kita bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Istilah lebuh raya pula merujuk kepada rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan antara beberapa lokasi penting, seperti bandar raya.




Tetapi ini lah yang berlaku di Rusia.. Bukan untuk menjadi bahan ketawa sebaliknya kita jadikanlah ini sebagai satu pendoman untuk kita semua.. Kita sepatutnya lebih bersyukur dengan keselesaan yang dicapai masa kini di mana kita hidup lebih sempurna jika hendak dibandingkan dengan yang lain. Jadi jika anda fikir anda susah fikirkanlah ada yang lebih susah lagi dari anda..
Read More

26 Disember 2008

Nilai Harga Sesebuah Blog.

Assalamualikum dan salam hormat semua.

Pernahkah anda terfikir, berapakah nilai harga blog anda? Adakah Berbaloi dengan segala titik peluh anda selama ini yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan yang terbaik?

Apa yang saya ingin kongsikan sekarang adalah terdapat sebuah layanan di internet yang menawarkah perkhidmatan dalam menilai harga blog yang anda miliki. Caranya sangat mudah tidak perlu bayar ataupun mendaftar, hanya perlu memasukkan alamat Blog anda dan tekan butang Submit.

Anda akan lebih mengetahui nilai blog anda tersebut sebaik sahaja membuat perkara diatas.Ini hanya satu penilaian dan nilai yang dianggar adalah dalam Dollar dan ada juga dalam RM.Mungkin selepas ini anda bolehlah meletakan harga blog anda dengan berpatutan jangan main hentam jer.. Selain itu,anda juga boleh meletakan hasilnya di blog anda seperti dibawah ini dengan copy & paste code yang tersedia nanti


My blog is worth $100,129.08.
How much is your blog worth?





My blog is worth RM300.387.84.



How much is your blog worth?




Anda berminat untuk mencubanya? Sila Klik DISINI untuk Dollar,dan klik DISINI untuk RM.
Read More

24 Disember 2008

Kenapakah Wanita Berusia Menjadi Pilihan?


Assalamualikum dan salam bahagia semua.Saya menulis topik ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan saudari dila, saya akan menterjemahkan pandangan pribadi saya berkenaan dengan isu ini untuk dikongsi bersama.

Wanita berusia ataupun wanita sudah berumur menjadi pilihan si sibujang bukan lah sesuatu isu yang baru pada masa kini, ini kerana semakin banyak golongan lelaki bujang memilih pasangannya yang lebih berusia daripada umur mereka sendiri.

Fenomena inilah yang mengukuhkan lagi kata perpatah bahawa "Cinta Itu Buta.." Sebenarnya memang tidak menjadi satu kesalahan pun meraka meminati mahupun bercinta dengan wanita yang lebih berusia daripadanya walaupun 2,4,8 ataupun 10 tahun..

Perkara ini bukan sahaja berlaku dikalangan orang biasa malahan artis juga turut terkena tempiasnya sebagai contoh lihat sahaja Rita Rudaini (32 tahun) yang dikatakan telah berkawin dengan pemain bola sepak muda iaitu Aidil Zafuan (21 Tahun) secara senyap diluar negara pada baru-baru ini..

Apakah kelebihan wanita berusia jika dibandingkan dengan wanita muda ataupun anak dara sunti lah kata orang?:) Mungkin:

1. Pengalaman

- Pernah melalui liku-liku dalam berumahtangga dan ini adalah salah satu kelebihan wanita berusia ataupun yang bergelar janda.. Inilah kata orang, Banyak pengalaman tuu.

2. Memahami

- Lebih memahami keinginan lelaki berbanding dengan wanita muda yang hanya menuntut difahami jauh sekali hendak memahami pasangannya.




3. Matang

- Mudah dibuat bincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah tidak macam wanita muda yang hanya tahu merajuk sahaja hehehe..
- Wanita berusia juga dikatakan lebih bijak mengawal emosi, emm sapa yang tak nak betul tak..

4. Seksi

- Ini yang paling menarik perhatian.. seksi bukan sahaja dari tubuh badan malahan wanita berusia juga boleh dikatakan seksi dari segi tentangan matanya.. hah mana bley tahan beb..

Mungkin banyak lagi yang boleh dikupas tetapi memandailah dengan ini sahaja, bukan apa takut ada yang marah plak hehehe.. Walaubagaimana pun bak kata perpatah lain orang,lain tekak.Jadi terpulanglah pada tuan punya badan sama ada wanita berusia menjadi pilihan hati ataupun wanita muda.Saya juga mengalu-alukan apa sahaja komen anda untuk dikongsi bersama.



Sebelum menutup tirai, saya akan mempersembah beberapa pantun 4 kerat yang dikirim oleh rakan saya Joey yg berbunyi:

Cinta Hanya Di Jiwa,
Umur Hanya Pada Angka,
Kalau Belum Merasa,
Memang Tak Boleh Sangka.

Ikan Di Laut,
Ular Di Darat,
Cintaku Sahut,
Umur bukannya Daulat.

Read More

Siapa nak jual blog?

Assalamualikum dan salam hormat semua.

Di sini saya suka untuk memaklumkan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai blog sendiri untuk di jualkan ini kerana saya mencari sesuatu blog tidak kira apa ketegori sekali pun untuk di miliki.

Kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjual blog sila maklumkan kepada saya secepat mungkin dan berkenaan dengan harganya kita boleh berunding untuk tidak membawa kerugian kepada kedua-dua pihak.



Sila nyatakan kepada saya :

1. Nama Blog
2. Usia Blog Anda
3. Ketegori Blog Anda
4. Harganya
Read More

23 Disember 2008

Templates Percuma

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.

Pada kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua berkenaan degan Blogspot Template yang boleh didapati secara percuma sahaja.

Template adalah sesuatu reka bentuk sesebuah Web/Blog. Terdapat pelbagai template percuma yang disediakan pihak-pihak tertentu semata-mata memberi anda peluang menyerlahkan lagi Web/Blogpan anda.

Berikut adalah contoh-contoh template untuk tatapan anda semua:







Jika anda berminat untuk melihat atau mengetahui lebih lanjut, sila klik di butang Templates yang tersedia di Menu yang tersedia di atas.
Read More

Links Exchange

EmahTimah Banner

Sila Copy & paste skrip tersebut di blog anda untuk membuat banner Exchange.
my Kertas Kerja
Pro Umno
Selekeh Blog
SkidBlogx
Joey Blog
Miji
Shaxx
Mama Sweet
Kreuger
keghorLimbong
BB


ociem
ummie eriey bergosip
Bisikan Hati
AlongArman
aDRiaNa
eiman@nurizan
luluchen
Photobucket
Zaifull@Stingray
Tukar Banner
LepidopTera
Blog Gadis Melayu

FOTO UNIK
DuanSays
.: @LiYaNNuaR's blog :.




Read More

20 Disember 2008

Alahai IJN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kabinet hari ini menangguhkan cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. sehingga satu kajian mendalam selesai dilakukan.

Cadangan Sime Darby untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam IJN Holdings itu pada dasarnya dipersetujui kerajaan secara bersyarat. Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk ahli politik membantah cadangan itu kerana bimbang institusi berkenaan tidak akan lagi memenuhi matlamat pengwujudannya.

Saya tidak fikir penswastaan itu adalah satu idea yang baik memandangkan institut itu "adalah badan amal yang unik" berdasarkan kepada prestasinya yang cemerlang setakat ini. Malahan belum pernah sesuatu penswastaan itu harganya akan turun atau lebih murah selepas pengambilalihan dilakukan tetapi adalah sebaliknya dan ini akan memberi kesan kepada masyarakat terutama golongan yang susah.

Kerajaan haruslah mendapatkan maklumbalas dan pandangan daripada orang ramai dan badan bukan kerajaan sebelum membuat sebarang keputusan kerana pada saya, akan menjadi kebimbangan apabila syarikat swasta ambil alih, kebajikan golongan miskin akan diketepikan dan mereka mungkin tidak mendapat rawatan perubatan pada kadar rendah lagi.
Read More

16 Disember 2008

Kanak-Kanak Riang



Read More

12 Disember 2008

RAHSIA MENUNTUT WANG ANDA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

1. Suatu ketika dahulu isu ini hangat diperkatakan sehingga tersiar di Akhbar The Star bertarikh 9 Sept 2005 iaitu Hampir RM 1,500,000,000.00 atau RM 1.5 billion wang rakyat Malaysia masih lagi tidak dituntut dari Jabatan Akauntan Negara !!

2. Namun cerita itu bagaikan tengelam di tiup angin kerana tidak siapa pun tahu rahsia untuk menuntut wang tersebut. Mujurlah kini ada seorang yang prihatin, sudi berkongsi dan membongkar pengalaman beliau ketika berkursus di Jabatan Akauntan Negara serta pengalamanya dalam menuntut wang dividen beliau sendiri.

3. Ebook yang diberi nama Tuntut Wang Anda Segera dan penulisnya dikenali sebagai En. Kamarulzaman Baharom telah berjaya menerbitkan ebook yang berkualiti tinggi dengan bahasa yang mudah difahami tambahan pula ianya ditulis dalam Berbahasa Malaysia serta padat dengan tips-tips yang berguna dalam menuntut wang anda.

4. Rebutlah peluang ini kerana, Sebagai jualan promosi, ebook ini ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan iaitu hanya RM 20.00 sahaja. Anda pasti tidak menyesal kerana dengan RM 20.00 anda bakal menuntut wang anda mungkin berpuluh ribu ringgit yang sekian lama tersimpan didalam Jabatan Akauntan Negara.. Untuk maklumat yang lebih jelas, sila klik di sini :
Read More

Patutkah Cuti Kakitangan Awam Baru Dikurangkan?

Assalamualikum dan salam sejahtera semua.

1. Bagi yang dah lama berkhidmat dengan kerajaan pastinya merasa lega dengan khabar terbaru ini tetapi berbeza dengan kakitangan yang baru mahupun yang baru berhajat untuk berkhidmat di sektor awam.

2. Mulai 1 Jan, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari berbanding Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari, ini bermakna meraka hanya dapat cuti tahunan sebanyak 25 hari sahaja.

3. Saya merasakan perkara ini tidak adil memandangkan untuk jangka panjang kakitangan awam baru akan kerugian.Adalah lebih baik dengan membuat keputusan yang sama rata dan tidak membebankan mana-mana pihak. Yang lebih ketara, apabila keputusan ini dibuat akan menampakkan sesuatu keputusan yang berat sebelah sahaja.

4. Sepatutnya pihak tertentu perlulah mengkaji dengan lebih mendalam dan lebih terperinci sebelum membuat sesuatu keputusan. Bagaimana pula dengan pandangan anda? Apakah patut kita hanya perlu jadi pak turut sahaja? Renung-renungkan.. selamat beramal..
Read More

10 Disember 2008

Rahsia Pro Affiliate

Affiliate Programs sudah menjadi lumrah didalam dunia Maya ini. Sudahkah anda mendapat wang dengan affiliate?Pada kali ini, saya ingin berkongsi lagi suatu produk yang dapat membimbing anda didalam Affiliate.

Anda boleh dapatkan E-book ProAffiliate ini secara percuma disini. e-book ini dapat memberi sedikit petunjuk bagi anda memulakan program affiliate. Saya sarankan anda untuk mendapatkannya.

Apa isi kandungannya?


Antaranya ialah :

1. Bagaimana Hendak menjual Produk Affiliate
2. Asas menjual produk affiliate
3. Bagaimana menjadi Pro Affiliate (paling penting)
4. Kenalpasti pasaran
5. dan banyak lagi.

Cara mendowload :

1. Pergi ke web affiliate ini
2. Masukkan nama dan e-mail (aktif) anda
3. Satu email akan dihantar ke alamat email yang anda masukkan tadi
4. Anda klik link pengesahan didalam email tersebut
5. Link untuk anda download e-book ini akan diberikan selepas anda membuat pengesahan
6. Daftar affiliate ( ini membolehkan anda mendapat komisyen)

p/s : Anda tidak boleh mendaftar affiliate selagi anda tidak mengikut step diatas kerana itu rules web tersebut. Anda promotlah link affiliate anda, jika hendak menguji tips dari e-book tersebut pun boleh. Anda lihat hasilnya.

Read More

Tanah Runtuh Kali Kedua Di Taman Bukit Mewah?

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) sedang mengkaji kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh kali kedua di Taman Bukit Mewah, di Bukit Antarabangsa di sini selepas siasatan awal menunjukkan keadaan tanah di kawasan itu "tidak stabil".

Sumber berkata ini dikesan hasil satu siri ujian oleh Unit Forensik Geo-Teknikal dan keadaan tersebut boleh menyebabkan satu lagi kejadian tanah runtuh.

"Unit itu menggunakan pengimbas 'Real Time Data Sensor' bagi mengesan pergerakan tanah dari masa ke masa.

"Sejak semalam bacaan tidak jelas oleh kerana mereka melakukan ujian mengikut sektor dan kami akan mengumpul semua data berkaitan bagi mendapatkan gambaran lebih jelas.

"Komposisi permukaan bumi merupakan campuran tanah dan air yang boleh menyebabkan permukaan itu jadi lembut. Kita mahu mengelakkan satu lagi tanah runtuh dan berharap cuaca memihak kepada kita," kata beliau, dan menambah tidak ada sesuatu yang kuat untuk menahan permukaan bumi dari menggelunsur.

Sumber itu juga berkata siasatan unit JKR mengambil kira kewujudan beberapa unit banglo yang pembinaannya terhenti separuh jalan.

Beliau berkata JKR cuba mendapatkan maklumat lengkap mengenai pembinaan rumah terbengkalai itu dari pemajunya.

"Kita hendak memastikan sama ada tanaman cerucuk di kawasan itu menyebabkan pergerakan tanah," katanya.

Beliau juga menegaskan hujan lebat akan memburukkan lagi keadaan di kawasan itu.

Difahamkan JKR dan IKRAM memerlukan sekurang-kurangnya 12 hari lagi untuk menghasilkan laporan muktamad tentang kajian mereka terhadap kawasan tanah runtuh itu.

Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa itu Sabtu lepas meragut empat nyawa.

Operasi mengesan wanita pembantu rumah Sri Lanka yang dikatakan tertimbus dalam runtuhan itu kini dihentikan.

-- BERNAMA
Read More

09 Disember 2008

Ibadah Korban Di Bukit Beruntung

BUKIT BERUNTUNG - Ibadah korban yang menjadi tuntutan Islam sempena kedatangan Aidiladha yang disambut semalam menyemarakkan perpaduan penduduk Islam di Jalan Adenium, dekat sini.

Pengerusi Program Ibadah Korban Perumahan Jalan Adenium, Ismail Osman, 44, berkata, majlis korban dan akikah yang diadakan itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan penduduk selain memenuhi tuntutan agama.

“Pada tahun ini kami berjaya mengadakan ibadah korban di Surau Al-Khairiah yang baru sahaja digunakan sepenuhnya pada 13 Ramadan lalu.

“Syukur kepada Allah kerana lebih 200 ahli kariah surau berjaya mengadakan program kali kedua yang kini dijadikan acara tahunan. Mereka begitu prihatin dan sedia menyahut cabaran mengadakan ibadah mulia ini,”

Turut hadir pada program tersebut, Pengerusi Surau Al-Khairiah, Faizal Abu Bakar, Imam surau, Mohd Zabidi Kamaruddin dan Naib Pengerusi surau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan surau itu, Musa Sulaiman.

Menurut Ismail, dalam majlis tersebut seramai empat ekor lembu disembelih termasuk seekor untuk majlis akikah yang dibuat sehari sebelumnya.

Beliau berkata, program korban itu adalah kali kedua diadakan di mana tahun lalu hanya seekor lembu dikorbankan yang ketika itu dilakukan di pekarangan surau sementara sebelum siapnya surau baru yang digunakan sekarang.

“Kami gembira dengan separuh siapnya surau kekal di sini, penduduk yang beragama Islam dapat melakukan kegiatan bermanfaat termasuklah ibadah korban.

“Saya yakin tahun hadapan lebih banyak lembu dapat dikorbankan diuruskan oleh jawatankuasa surau yang dilantik baru-baru ini,” katanya.

Daging korban yang dibungkus itu juga diagihkan kepada penduduk Islam di sekitar kawasan ini. Manakala sebahagian daripadanya dimasak untuk dihidangkan kepada tetamu dalam majlis kesyukuran sempena ketibaan Aidiladha.

Pengerusi surau, Faizal Abu Bakar berkata, sambutan menggalakkan diterima ahli kariah pada ibadah korban itu membuktikan mereka mempunyai pandangan terbuka dan begitu menghayati prinsip Islam.

Menurutnya, surau yang baru beroperasi itu sememangnya memerlukan peruntukan dana tambahan kira-kira RM250,000 untuk pembinaan sepenuhnya.

“Dengan adanya majlis ini, kami dapat menyebarkan maklumat semasa mengenai status sebenar surau yang masih dalam pembinaan. Ketika ini surau digunakan itu tidak mampu menampung jemaah melebihi 300 orang.

“Kami merayu penduduk Islam dan ahli kariah menghulurkan bantuan dari semasa ke semasa untuk menyiapkan prasarana surau ini sepenuhnya,” katanya.
Read More

07 Disember 2008

Ulasan Tentang Ebook Panduan Seo

Assalamualaikum semua dan salam sejahtera diucapkan.

1. Pada kali ini saya ingin mengambil kesempatan menggunakan ruangan ini untuk menterjemahkan pandangan saya berhubung Ebook "Panduan SEO Google Cara Inspiration" yang hangat diperkatakan sekarang.

2. Secara ringkasnya ia menerangkan pengetahuan dan teknik bagaimana untuk mendapat kedudukan yang terbaik di google.com.

3. Di sini saya suka untuk menyatakan yang mana "Panduan SEO Google Cara Inspiration" adalah lebih mudah difahami kerana gaya tulisan yang mudah tambahan lagi diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia disamping mempunyai gambarajah yang mudah diikuti oleh semua.

4. Penulisnya yang dikenali sebagai En.Busiai B. Seman telah menulis dengan jayanya sebanyak 97 muka surat yang sarat dengan langkah-langkah dan tips-tips yang menarik untuk menjadikan website/blog anda yang terbaik di google.com

5. Ini bukan satu harapan tetapi lebih kepada kebenaran, saksikan sahaja website si penulis yang berjaya menduduki tempat yang pertama dalam senarai google.

6. Saya sendiri pun berpuas hati dengan pembelian Ebook ini kerana merasakan berbaloi dengan harganya yang berpatutan dengan harga RM 56 sahaja berbanding dengan kebaikan yang bakal kita perolehi nanti. Bak kata perpatah usaha tangga kejayaan.

Read More

04 Disember 2008

Jawatan kosong

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
DAN PEMBERSIHAN AWAM
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

1 Jurutera
2 Juruukur
3 Pegawai Kesihatan Persekitaran
4 Pegawai Kawalan Alam Sekitar
5 Pegawai Teknologi Maklumat
6 Pegawai
7 Pustakawan
8 Pembantu Teknik
9 Penolong Pegawai Teknologi
10 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
11 Pembantu Undang-undang
12 Penolong Pegawai Penguatkuasa
13 Penolong
14 Penolong Juruaudit
15 Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
16 Juruteknik
17 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
18 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
19 Pembantu Penguatkuasa
20 Juruteknik
21 Pembantu Juruaudit
22 Pembantu Tadbir (Kewangan)
23 Pembantu Tadbir Rendah
24 Operator Mesin Proses Data

CARA MEMOHON
Kelayakan umum bagi jawatan-jawatan di atas adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun.

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN :

Sila layari laman web www.jobsmalaysia.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan bagi
setiap jawatan yang ditawarkan di atas. Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE menerusi laman web Kementerian Sumber Manusia
di alamat (www.jobsmalaysia.gov.my). Pemilihan jawatan bagi setiap permohonan adalah dihadkan kepada DUA(2) jawatan sahaja.
Read More

Resepi Ayam Percik


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk) Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut




Cara:

Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat. Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi. Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.
Read More

Resepi Agar-agar Lapis


Bahan-Bahan:

2 bungkus agar-agar
2,000 ml air
50 g gula
½ cawan gula merah ¼ cawan susu pekat
Sedikit pewarna merah dan ungu
Loyang atau sebarang bekas agar-agar




Cara:

Masak agar-agar bersama air dan gula hingga hancur. Tapis dan bahagi agar-agar kepada empat bahagian. Didihkan agar-agar bahagian pertama bersama gula merah. Apabila masak, tapis dan ketepikan. Masukkan susu pekat ke dalam agar-agar bahagian kedua, kacau dan ketepikan. Untuk agar-agar bahagian ketiga dan keempat, campurkan pewarna merah dan ungu. Bagi membentuk lapisan pertama, tuang agar-agar berwarna merah. Biarkan agar-agar separuh keras, sebelum dituang agar-agar berwarna ungu, putih dan gula merah.
Panduan: Jika agar-agar menjadi keras, bolehlah dikacau di atas api perlahan, sebelum dituang ke dalam bekas untuk membentuk lapisan.
Read More